Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Berita JPM

Berita
14 penerima dikurniakan Bintang-bintang Kebesaran NBD
15/07/2025

 


Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam dan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Raja Isteri Pengiran Anak Hajah Saleha binti Al-Marhum Pengiran Pemancha Pengiran Anak Haji Mohamed Alam berkenan berangkat ke Istiadat Mengadap dan Mengurniakan Bintang-bintang Kebesaran Negara Brunei Darussalam sempena Ulang Tahun Hari Keputeraan baginda Ke-79 Tahun di Istana Nurul Iman.

Berangkat sama ialah paduka-paduka anakanda dan adinda Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam, Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah, Menteri Kanan di Jabatan Perdana Menteri (JPM) dan Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Isteri Pengiran Anak Sarah binti Pengiran Haji Salleh Ab. Rahaman; Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda 'Abdul Malik dan Yang Amat Mulia Pengiran Anak Isteri Pengiran Raabi'atul 'Adawiyyah binti Pengiran Haji Bolkiah; Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda 'Abdul Wakeel; Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Bendahara Seri Maharaja Permaisuara Pengiran Muda Haji Sufri Bolkiah dan Yang Amat Mulia Pengiran Bini Hajah Faizah binti Dato Haji Nasir; dan Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Digadong Sahibul Mal Pengiran Muda Haji Jefri Bolkiah.

Juga berangkat ialah Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Hajah Rashidah Sa'adatul Bolkiah; Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Hajah Majeedah Nuurul Bolkiah; Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Hajah Hafizah Sururul Bolkiah; Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Puteri 'Azemah Ni'matul Bolkiah; Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Ameerah Wardatul Bolkiah; Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Hajah Masna, Ambassador-at-Large di Kementerian Hal Ehwal Luar Negeri; dan Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Hajah Amal Umi Kalthum Al-Islam serta ahli-ahli kerabat diraja yang lain.

Istiadat yang berlangsung penuh adat istiadat di Balai Singgahsana Indera Buana itu bermula dengan pengurniaan titah Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam, diikuti dengan pengurniaan Bintang-bintang Kebesaran Negara Brunei Darussalam kepada seramai 14 penerima sempena Ulang Tahun Hari Keputeraan baginda Ke-79.

Kebawah Duli Yang Maha Mulia mula-mula berkenan mengurniakan Darjah Paduka Keberanian Laila Terbilang Yang Amat Gemilang Darjah Pertama (D.P.K.T.) yang membawa gelaran 'Dato Paduka Seri' kepada dua penerima, iaitu Ketua Turus Pertahanan Angkatan Bersenjata Diraja Thailand, Tuan Yang Terutama Jeneral Songwit Noonpackdee dan Ketua Turus Pertahanan Angkatan Bersenjata Republik Singapura, Tuan Yang Terutama Vice Admiral Aaron Beng Yao Cheng.

Seterusnya diikuti dengan pengurniaan Darjah Seri Paduka Mahkota Brunei Yang Amat Mulia Darjah Kedua (D.P.M.B.) yang membawa gelaran 'Dato Paduka' kepada empat penerima iaitu Jurutulis Majlis Mesyuarat Diraja, Setiausaha Majlis Mesyuarat Menteri-Menteri Kabinet dan Jurutulis Majlis Mesyuarat Negara, Dr. Dayang Hajah Huraini binti Pehin Orang Kaya Setia Jaya Dato Paduka Haji Hurairah; Ketua Pengarah Pejabat Kebawah DYMM, Dayang Suraya binti Haji Jaidin; Pegawai Tugas-tugas Khas Kanan, Pejabat Kebawah DYMM, Awang Haji Hashim bin Haji Mohd. Noor; dan Pengarah Non-Invasif Kardiologi, Pakar Perunding Kardiologi dan Pakar Perubatan, Gleneagles JPMC, Dr. Thirunavukkarasu Ganesan.

Kebawah DYMM seterusnya mengurniakan Darjah Setia Negara Brunei Yang Amat Bahagia Darjah Ketiga (S.N.B.) kepada tiga penerima, iaitu Major (B) Nick Cann dari United Kingdom; Mantan Pemangku Pemerintah Tentera Laut Diraja Brunei, 488 Kapten (B) Awang Haji Mohamad Sarif Pudin bin Matserudin; dan Pengerusi Kumpulan Sabli Food Industries (B) Sdn. Bhd., Awang Haji Abd. Hamid @ Haji Sabli bin Haji Arsad.

Sementara itu, seramai lima orang lagi dikurniakan dengan bintang kebesaran Darjah Seri Paduka Mahkota Brunei Yang Amat Mulia Darjah Ketiga (S.M.B.) iaitu Setiausaha Tetap (Urustadbir Perkhidmatan Awam), JPM, Awang Ajman bin Awang Haji Meludin; Timbalan Setiausaha Tetap (Urustadbir Perkhidmatan Awam), JPM, yang juga Pemangku Grand Chamberlain, Pengiran Haji Raffizanna bin Pengiran Haji Razali; Pegawai Undang-Undang Kanan, Pegawai Pendakwa Raya dan Ketua Unit Jenayah Am, Bahagian Keadilan Jenayah, Pejabat Peguam Negara; Awang Shamshuddin bin Haji Kamaluddin, Pemangku Pengarah Pusat Pembelajaran Sepanjang Hayat, Kementerian Pendidikan, Awang Lim Kian Boon; dan Pengerusi dan Pengarah Urusan Kumpulan Syarikat Serikandi, Dr. Shaikh Haji Khalid bin Shaikh Haji Ahmad.

Bagi memberkati majlis, Doa Selamat dibacakan oleh Mufti Kerajaan, Yang Berhormat Pehin Datu Seri Maharaja Dato Paduka Seri Setia (Dr.) Ustaz Haji Awang Abdul Aziz bin Juned.

Antara tetamu-tetamu peribadi Kebawah DYMM ialah Yang di-Pertua Negeri Sarawak, Tuan Yang Terutama Tun Pehin Sri Dr. Haji Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar dan isteri, Yang Amat Berbahagia Toh Puan Fauziah binti Mohd. Sanusi; Yang di-Pertua Negeri Sabah, Tuan Yang Terutama Tun Dato Seri Paduka Datuk Seri Panglima (Dr.) Haji Musa bin Haji Aman, dan isteri, Yang Amat Berbahagia Toh Puan Datin Seri Panglima Datuk Hajah Faridah binti Haji Tussin; Premier Sarawak, Yang Amat Berhormat Dato Seri Setia Datuk Patinggi Tan Sri (Dr.) Abang Haji Abdul Rahman Zohari bin Tun Datuk Abang Haji Openg; dan Menteri Undang-Undang merangkap Menteri Ehwal Dalam Negeri Kedua Republik Singapura, Tuan Yang Terutama Edwin Tong dan isteri, Madam Au Huey Ling.

Berangkat dan hadir pada istiadat berkenaan ialah Yang Amat Mulia Pengiran-pengiran Cheteria, Menteri-menteri Kabinet, Pengiran-pengiran Peranakan, Ahli-ahli Majlis Mesyuarat, Timbalan-timbalan Menteri, Manteri-manteri Pedalaman, para perwakilan negara sahabat, Setiausaha-setiausaha Tetap, ketua-ketua jabatan dan para pegawai kanan kerajaan.

Sumber berita Pelita Brunei
Sumber foto InfoFoto